Friday, September 3, 2010

SAYUR MASAK LEMAK PUTIH

Bahan:
1 1/2 sudu besar Udang kering
300g Udang
3 cawan Santan
1 ulas Bawang merah besar
1 ulas Bawang putih
1/2 sudu teh Lada hitam
Lobak merah
Anak jagung
kobis bunga
Cili merah

Cara:
Tumbuk bawang merah, bawang putih, lada hitam dan udang kering.
Masukkan santan dan bahan tumbuk ke dalam periuk dan masak sambil dikacauagar santan tidak berketul.
Bilasantan dah mendidih, masukkan lobak merah dan anak jagung.
Masak sehingga anak jagun tadi empuk.
Masukkan udang dan kobis bunga.
Masak sekejap sahaja.Lebih kurang 7 minit.
Angkat dan hidangkan.

AYAM MASAK KICAP PEDAS

Bahan:
5 ketul ayam
2 sudu besar sos cili
1 1/2 sudu besar kicap masin
1/2 biji bawang merah besar - dihiris bulat
1 biji cili merah - dihiris
2 sudu besar minyak
1 sudu teh gula

Cara:
gaul ayam bersama garam dan kunyit dan biar seketika sebelum goreng.
Ketepikan ayam yg telah digoreng tadi
Panaskan minyak didaalam kuali.
Masukkan bawang dan cili tadi.
Bila bawang dah layu, Masukkan sos cili dan masak sekejap.
Masukkan kicap dan gula.
Masukkan ayam yg telah digorengkan tadi dan tambahkan air sedikit agar kuah tidak hangit.
Masak sehingga kuah cukup pekat.
Angkat dan hidangkan.

Tuesday, August 31, 2010

TELUR BUNGKUS

Bahan:
Daging
1 ketul dada Ayam
1 ulas bawang putih - ditumbuk
1 1/2 sudu besar cili boh
1 sudu besar sos cili - dihiris
1 sudu besar sos tomato
5 bili cili api
3/4 cawan air
lobak merah - potong dadu
garam
1 sudu besar gula
2 biji telur
1 helai daun limau purut

Cara:
Tumis bawang putih sehingga nnaik bau.
Masukkan daging dan ayam yg telah dihiris nipis dan kecil.
Bila daging dah separuh masak, masukkan cili boh, sos cili dan sos tomato.
Masukkan air.
Masuk gula dan garam.
Masak sehingga kuah menjadi cukup pekat.
Angkat dan ketepikan.
Pukul telur.
Panaskan kuali yg telang dilengserkan dengan sedikit minyak.
Bila dah cukup panas, tuang telur tadi dan jadikan ia bulatan yg besar dan nipis.
Selepas itu masukkan bahan yg kita ketepikan tadi di tengah2 bahagian telur tadi.
Tutup bahan tadi dan tekapkan pinggan pada kuali dgn memastikan telur bungkus tadi di tengah2.
Sedia dihidangkan.

KAILAN TUMIS LADA HITAM

Bahan:
100g daging
5 biji bebola ikan - belah 2
1 potong fishcake - potong nipis
sayur kailan
1 kiub ayam
1 sudu teh lada hitam - ditumbuk
2 ulas bawang putih - ditumbuk
1 ulas bawang merah - dihiris bulat
1 biji lada merah - dihiris nipis
sedikit gula.

Cara:
Tumis bawang putih sehingga naik bau.
Masukkan daging , bebola ikan dan fishcake.
Masak sehingga daging empuk.
Masukkan lada hitam yang telah ditumbuk.
Masukkan kiub ayam dan sedikit air jika perlu.
Masukkan gula.

Masukkan kailan, lada merah dan bawang.
Masak sehingga kailan layu dan angkat utk dihidangkan.

CENDAWAN CAMPUR TUMIS WANGI

Bahan:
2 paket cendawan
1 paket anak jagung
lobak merah
100g daging
1 kiub ayam
2 ulas bawang putih - ditumbuk
1 ulas bawang merah - hiris bulat
1 biji cili merah
gula secukup rasa

Cara:
Tumis bawang putih hingga naik bau.
Masukkan daging, lobak merah dan anak jagung.Masak sehingga sayur empuk.
Masukkan kiub ayam.Masukkan air sekiranya masakan terlalu kering.
Masukkan gula.
Masukkan garam jika perlu.
Masukkan cendawan dan bawang serta cili merah yg telah dihiris.
Angkat dan hidangkan.
Masak lebih kurang 5 minit atau sampai cendawan masak.

PUDING LAICI DWIRASA

Bahan:
Lapisan Bawah:-
1 cawan agar2 yang telah direndam
3/4 cawan gula
1 cawan susu cair
1 1/2 cawan air
1 tin laici - ambil airnya sahaja
2 sudu besar tepung kastard

Laisan Atas:-
1 cawan agar2 yang telah direndam
3/4 cawan gula
3 cawan air
1 tin laici ( ambil isinya sajaha)
Pewarna merah / sirap ros
Perasa ros ( jika perlu)

Cara:
Laisan Bawah:-
Masak agar2 bersama gula dan air sehingga larut sebati.
Masukkan susu cair dan air laici tadi.Biar mendidih.
Masukkan tepung kasatard yg telah dibancung dengan sedikit air tadi.
Kacau dan masak sehingga mendidih.
Setelah masak....masukkan ke dalam acuan dan biarkan sejuk.

Lapisan Atas:-
Masak agar2 bersama gula dan air sehingga larut sebati.
Biarkan mendidih.
Kemudian potong laici dari dalam tin tadi .Potong kecil2 dan masukkan ke dalam agar yg di masak tadi.
Masukkan pewarna merah dan esen ros.Biar mendidih .
Bila dah masak, tuangkan keatas puding yang telah disejukkan tadi.
Tunggu sehingga agar2 dan puding betul2 sejuk barulah dipotong.

PUDING JAGUNG

Bahan:
1 cawan agar2 yg telah direndam
2 cawan air
1 cawan susu cair
1 tin jagung krim
3/4 cawan gula
3 sudu besar tepung kastard
sedikit garam

Cara:
Masakkan agar-agar bersama gula dan air sehingga semuanya larut sebati.
Masukkan susu cair, garam dan masak sehingga mendidih.
Perlahankan api dan masukkan tepung kastard yg telah dibancuh dengan sedikit air.
Sewaktu masukkan tepung kastard,bahanyg dimasak tadi mestilah dikacau agar tepung kastard tidak berketul.
Besar kan api semula dan masukkan jagung krim dan masak sehingga mendidih.
Masukkan ke dalam bekas dan sejukkan.
Bila dah sejuk, potong dan hidangkan.

Bawal Masak Nenas

Bahan:
1 ekor ikan bawal - sederhana besar
1 1/2 bawang merah besar
2 ulas bawang putih
2 sudu besar cili boh
1 sudu besar sos cili
1/2 sudu besar sos tiram
1/2 sudu besar sos tomato
1 1/2 sudu besar gula
Nanas - dipotong kecil2
garam secukup rasa

CaRA:
Goreng ikan bawal. Ketepikan.
Tumbuk bawang merah dan bawang putih.
Tumis bahan ditumbuk bersama cili boh sehingga masak.
Masukkan sos cili, sos tiram dan sos tomato.
Masukkan gula , garam dan nanas.
Masak sehingga kuah agak pekat.
Setelah masak...tuang bahan tadi keatas bawal yg telah digoreng tadi.

PAPRIK CAMPUR

Bahan:

Udang

Sotong

Daging

Ayam

1 1/2 ulang bawang merah besar

2 ulas bawang putih

2 sudu besar cili boh

1 sudu teh perencah tomyam

1 sudu besar sos tiram

1 sudu besar sos cili

kobis bunga

anak jagung

lobak merah

5 helai daun limau purut

minyak untuk menumis
1 1/2 sudu besar gula
garam secukup rasa



Cara:

Tumbuk bawang merah dan bawang putih sehingga lumat.

Tumis bahan ditumbuk bersama cili boh sehingga masak.

Masukkan sos cili, perencah tomyam dan sos tiram.

Masukkan daging dan ayam serta lobak merah dan anak jagung.

Masak sehingga sayur tadi empuk.

setelah empuk...masukkan daun limau purut, sotong dan udang.Masak sekejap hingga udang searuh masak.

Kemudian masukkan sayur2 yang lain dan masak lebih kurang 5 minit.

Angkat dan sedia untuk dihidangkan.

GULAI TELUR ITIK ISTIMEWA

Bahan:

3 cawan santan cair
1 ulas bawang putih
2 ulang bawang merah besar
7 biji rempah
4 hiris lengkuas
2 biji cili merah
5 biji telur itik
300 gram udang
1/2 sudu teh kunyit
3/4 sudu besar cili boh
1 keping asam gelugor
garam 7 gula secukup rasa


Cara:
Tumbuk rempah, lengkuas, bawang merah dan bawang putih.
Masukkan santan, bahan ditumbuk , kunyit dan cili boh kedalam periuk dan masak sehingga mendidih.kacau agar santan tak berketul dan kuah menjadi cantik.
Setelah mendidih masukkan cili merah yg telah di potong 2 dan di buang biji.
Masukkan garam dan gula serta asam keping.
Masukkan udang dan tunggu sehingga mendidih.
Setelah mendidih masukkan telur itik sebiji demi sebiji dengan berhati2 agar telur tidak pecah.
Renehkan sehingga rencah telah masak sepenuhnya dan kuah berbau wangi.
sedia untuk dihidangkan.

SINGGANG DAGING Versi KELANTAN

Bahan:

Bahan ditumbuk-
****************
1 1/2 ulan bawang merah besar
1 ulans bawang putih
1/2 inci halia
1 sudu teh rempah
*****************

1/2 kg daging/tulang (yg telah direbus)
2 incin lengkuas - diketuk
1 sudu besar cili boh
1 keping asam gelugor
sedikit serbuk kunyit
garam dan gula secukup rasa

Cara:
Masukkan air secukupnya kedalam periuk bersama dengan bahan2 yang telah ditumbuk
Masukkan cili boh, kunyit, dan lengkuas
Masakkan bahan2 tadi sehingga mendidih.
Kemudian masukkan daging dan biar mendidih lagi.
Masukkan asam keping, gula dan garam.Biarkan ia mereneh sampai masak.