Tuesday, August 31, 2010

CENDAWAN CAMPUR TUMIS WANGI

Bahan:
2 paket cendawan
1 paket anak jagung
lobak merah
100g daging
1 kiub ayam
2 ulas bawang putih - ditumbuk
1 ulas bawang merah - hiris bulat
1 biji cili merah
gula secukup rasa

Cara:
Tumis bawang putih hingga naik bau.
Masukkan daging, lobak merah dan anak jagung.Masak sehingga sayur empuk.
Masukkan kiub ayam.Masukkan air sekiranya masakan terlalu kering.
Masukkan gula.
Masukkan garam jika perlu.
Masukkan cendawan dan bawang serta cili merah yg telah dihiris.
Angkat dan hidangkan.
Masak lebih kurang 5 minit atau sampai cendawan masak.

No comments:

Post a Comment