Tuesday, August 31, 2010

PUDING LAICI DWIRASA

Bahan:
Lapisan Bawah:-
1 cawan agar2 yang telah direndam
3/4 cawan gula
1 cawan susu cair
1 1/2 cawan air
1 tin laici - ambil airnya sahaja
2 sudu besar tepung kastard

Laisan Atas:-
1 cawan agar2 yang telah direndam
3/4 cawan gula
3 cawan air
1 tin laici ( ambil isinya sajaha)
Pewarna merah / sirap ros
Perasa ros ( jika perlu)

Cara:
Laisan Bawah:-
Masak agar2 bersama gula dan air sehingga larut sebati.
Masukkan susu cair dan air laici tadi.Biar mendidih.
Masukkan tepung kasatard yg telah dibancung dengan sedikit air tadi.
Kacau dan masak sehingga mendidih.
Setelah masak....masukkan ke dalam acuan dan biarkan sejuk.

Lapisan Atas:-
Masak agar2 bersama gula dan air sehingga larut sebati.
Biarkan mendidih.
Kemudian potong laici dari dalam tin tadi .Potong kecil2 dan masukkan ke dalam agar yg di masak tadi.
Masukkan pewarna merah dan esen ros.Biar mendidih .
Bila dah masak, tuangkan keatas puding yang telah disejukkan tadi.
Tunggu sehingga agar2 dan puding betul2 sejuk barulah dipotong.

No comments:

Post a Comment